Friday, July 18, 2008

Pergi Ke HUKM ...

Pagi ni ada bacaan Yaasin kat Opis... Kitaorang berpakat untuk bawa makanan dari rumah.
Banyak makanan yang ada setelah dikumpul. Kak seri bawa Nasi lemak, Kak ieda bawa caremel, Kak lin bawa sandwich,tn Yusof bawa kuih kaswi, cik jun plak bawa begedil tauhu. Bestnya makanan yang ada. Aku biasa la hanya bawa keropok ajer. Tu je yang mampu aku bawa. He.he...
Aku punya keropok habis hanya tinggal tupperware jer..

Hari ni ari jumaat so rehat pun panjang. Cik ana wat rombongan untuk melawat anak En Hamzah yang berada kat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku sedih melihat anak kecil yang berada dikatil hospital tu... Sebak rasanya... Mungkin ni dugaannya tapi bila lihat raut wajahnya, seorang kanak-kanak yang amat tabah sekali...
Kita yang sihat ni wat la iktibar jangan harapkan langit sentiasa cerah, kadang-kadang hujan ditengahari.. Ceh pandainya aku menasihati orang. He...he.. Sebenarnya untuk diriku juga..

Ok lah kite berjumpa lagi...

1 comment:

Anonymous said...

wah...dh pandai karang cerite yyek..hehe