Monday, September 22, 2008

Hujung Minggu...

Assalamualikum..
Bertemu lagi setelah lama memnyepikan diri.. Aku ingin berkongsi berita gembira pada semua orang . Setelah dua bulan lebih aku berkahwin akhirnya aku telah di sahkan mengandung 7 minggu oleh Doktor dari Klinik An-Nisa pada 18 September 2008. Aku sangat gembira dan aku bagi tau pada suamiku.. Dia pun turut gembira.. Alhamdulillah maybe rezeki bulan puasa. Pada hujung minggu ni suamiku balik untuk amik kereta.
Pada hari Sabtu aku berbuka dengan suami. Hm... Juadah berbuka aku ari tu special sket berbandingan ngan ari biasa iaitu IKan Siakap Masak Sweet Sour. Ye la selalunya aku berbuke dengan masakan sendiri. Boring rasanya. He...he.. Seronok makan bersama maklum la suamiku duduk jauh di Ipoh.. Aku kat Putrajaya. Hanya Hujung Bulan Aje la Kite orang bertemu... Setakat ni saje la cite aku.. Nanti bila aku ada free aku akan coretkan lagi...

Monday, July 21, 2008

Balik Kampung...

Malasnya nak datang keje setelah 2 ari bercuti.. Hari Sabtu aku balik kampung bersama abang tersayang... Kalau ikutkan plan aku balik kampung minggu depan tapi setelah dapat call dari ptohographer semua plan berubah.. Aku terima kasih la pada suamiku yang sanggup mengikut kerenah aku untuk balik kampung. Petang kami pun bersiap la untuk balik ke kampung. Sebelum balik kak seri cal dia nak bagi hadiah kahwin. Kak seri beri hadiah special yang tak pernah diberi oleh orang. Aku berterima kasih la pada kak seri yang tahu aku amat memerlukan hadiah itu... Sampai je kat kampung hujan turun ngan lebatnya. Alhamdulillah kedua ibubapaku sihat..
Sampai-sampai abah beli buger. sO kami makan la buger.. Sedap plak bila hujan-hujan makan buger ngan rambutan... Rupanya kat kampung aku dah ada musim rambutan, manggis dan durian...
Malam ni pakcik aku ada wat BBQ. Aku tak pegi pun sebab dah janji ngan photographer untuk amik gambar kawin yang telah siap... Aku sangat puashati ngan gambar yang diambil. Ada juga kenagan aku di hari Bahagia....

Friday, July 18, 2008

Pergi Ke HUKM ...

Pagi ni ada bacaan Yaasin kat Opis... Kitaorang berpakat untuk bawa makanan dari rumah.
Banyak makanan yang ada setelah dikumpul. Kak seri bawa Nasi lemak, Kak ieda bawa caremel, Kak lin bawa sandwich,tn Yusof bawa kuih kaswi, cik jun plak bawa begedil tauhu. Bestnya makanan yang ada. Aku biasa la hanya bawa keropok ajer. Tu je yang mampu aku bawa. He.he...
Aku punya keropok habis hanya tinggal tupperware jer..

Hari ni ari jumaat so rehat pun panjang. Cik ana wat rombongan untuk melawat anak En Hamzah yang berada kat Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia. Aku sedih melihat anak kecil yang berada dikatil hospital tu... Sebak rasanya... Mungkin ni dugaannya tapi bila lihat raut wajahnya, seorang kanak-kanak yang amat tabah sekali...
Kita yang sihat ni wat la iktibar jangan harapkan langit sentiasa cerah, kadang-kadang hujan ditengahari.. Ceh pandainya aku menasihati orang. He...he.. Sebenarnya untuk diriku juga..

Ok lah kite berjumpa lagi...

Thursday, July 17, 2008

PARKING OH PARKING....

Pagi pagi dah wat aku tension. Mana tak nye aku dah datang awal pagi kat opis tapi parking takde. Tempat aku selalu parking tu dah ditutup. Ntah saper punya idea untuk tutup jalan tu pun aku tak tau. Sakitnya hati... Nasib baik ada Kak ieda, dia bagi tau tempat pelawat ada parking. Aku parking la kat situ.. Jauh la plak kena jalan kaki g opis...

Wednesday, July 16, 2008

Pertama kali

Salam,


ini adalah percubaan kali pertama...selamat datang ke dunia blog....